PONDING TEST
Didalam proses pemeriksaan defect rumah, ponding test merupakan antara perkara penting yg perlu dilakukan. Ini bagi mengesan jika ada sebarang kebocoran pada lantai di bahagian bawah bilik air.
Caranya dengan menutup lubang keluar air pada lantai bilik air dan buka paip2 air supaya memenuhi ruangan lantai. Biarkan sampai bertakung dan tunggu.. Kemudian perhatikan pada siling bahagian bawah bilik air dan jika terdapat lembapan pada lantai atau kesan tompokan air (water mark). Selalunya perkara ini terjadi kerana proses melakukan water proofing pada lantai bilik air tidak dilakukan dengan betul.
Anda boleh panggil wakil developer atau kontraktor rumah berkenaan dan suruh dia berenang2 dalam bilik air tu sebab tak buat kerja dengan betul.
