Kita pernah dengar “Api kecik2 lama2 jadi Besar”. Sama dengan rekahan pada dinding. Ada setengah rekahan kalau dibiarkan lama2 boleh merebak. Ada dua jenis rekahan yang selalu terjadi pada dinding rumah.
- Rekahan rambut
- Rekahan Berlubang
Rekahan Rambut
Rekahan ini adalah rekahan minor. Rekahan2 halus yg terjadi kerana proses plaster pada dinding yang tak ikut teknik yg betul terutamanya dari segi bancuhan bahan ketika hendak plaster. Memnag selalu terjadi dan hampir keseluruhan rumah baru akan ada rekahan rambut ni. Cara nak repair utk rekahan rambut ni adalah just luka kan atau hack dinding pada rekahan tadi sekurang2 nya 1-2 inci sepanjang rekahan td. Kemudian bersihkan semua habuk dan last plaster balik pada kawasan rekahan td. Boleh ke hardware berdekatan dan tanya tokey kedai simen gam bancuh siap utk plaster crack dekat dinding.
Rekahan Berlubang
Rekahan ni agak kritikal dan mungkin melibatkan struktur rumah itu sendiri. Ini terjadi mungkin kerana pergerakan tanah atau ketika proses pembinaan, kontraktor tak basahkan batu bata terlebih dahulu atau campuran bahan utk plaster tak ikut sukatan yg betul. Cara utk repair rekahan ini agak susah. Sepanjang rekahan perlu dibersihkan segala habuk dahulu, kemudian guna span atau kain basahkan permukaan rekahan. Pergi ke hardware berdekatan dan dapatkan filler utk tampal rekahan berlubang. Kemudian inject filler td kedalam rekahan dan tutup rekahan td dengan tape jaring (boleh beli dekat hardware). Kemudian plaster balik dinding dan boleh buat finishing cat.
Untuk rumah baru yg masih dalam warranty boleh mnta developer settlekan segala rekahan2 ni. TETAPI..!! Pastikan anda explain pada management tentang cara yg betul utk repair rekahan2 ni. Selalunya pihak developer nak jimat masa dan kos diorg akan just repair rekahan2 ni dengan just cat atau menggunakan stopping plaster saja. Method ni hanya cover luaran rekahan saja. 2-3 tahun akan timbul balik rekahan2 lama tadi.
