Prosedur Ke Tribunal

Pada post sebelum ini, kita dah terangkan prosedur tuntutan pembeli kepada pemaju untuk defect-defect pada kediaman baru. Sekarang kita akan lihat apa dokumen dan langkah-langkah yang diperlukan untuk membawa sesuatu kes ke tribunal.

Pihak menuntut hendaklah memfailkan kes dengan mengisi Borang 1 (sila sediakan 4 salinan berserta dengan lampiran asas-asas tuntutan) di Pejabat Pendaftaran TTPR bersama bayaran sebanyak RM10.

Antara dokumen yang perlu disertakan dalam Borang 1 adalah : Satu salinan perjanjian jual beli-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal, Satu salinan surat penyerahan milikan kosong-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal, Satu salinan perakuan siap dan pematuhan (CCC)-Tuntutan Teknikal/ Bukan Teknikal, Sebut harga pembaikan oleh kontraktor-Tuntutan Teknikal dan Gambar kerosakan atau kecacatan-Tuntutan Teknikal.

Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM50,000 melainkan ada pihak-pihak yang mempunyai persetujuan bertulis memberi kebenaran TTPR mendengar tuntutan tersebut. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh jaminan rumah dan 12 bulan selepas tempoh jaminan itu tamat.

Sila pastikan anda melengkapkan semua borang dan dokumen sokongan bila dibawa ke Tribunal nnt untuk memastikan kemenangan di pihak anda.