Menjadi impian setiap keluarga untuk memiliki kediaman sendiri. Dengan lambakan projek perumahan dan promosi-promosi istimewa daripada pemaju-pemaju bagi melariskan perumahan mereka, memang sesuatu yang tidak boleh kita lepaskan.
Tetapi bayangkan setelah bertahun-tahun anda tunggu untuk kediaman anda siap dan menerima kunci, dan baru beberapa tahun anda tinggal, sudah ada dinding yang retak di sana-sini, tiles sudah ada yang meletup-meletup, bumbung sudah mulai bocor ketika hujan. Ini semua defect daripada pemaju yang anda terlepas pandang pada mula-mula anda menerima kunci.
Ini antara beberapa perkara PENTING yg perlu anda ambil tahu sebelum membeli rumah atau baru membeli rumah.
- Survey track records projek-projek terdahulu Pemaju sebelum membeli sesebuah kediaman (google, penduduk yang sudah mendiami kediaman hasil dari projek pemaju).
- Fahami dengan teliti setiap ayat di dalam agreement/SnP terutamanya berkaitan Defect Liability (jangka masa warranty, jangka masa kerja pembaikan setelah report dihantar, jaminan defect yang akan dibaiki).
- Terus lakukan Defect Inspection sebaik sahaja terima kunci.
Hasil pengalaman kami keadaan hasil kerja rumah dari Pemaju sekarang amat2 menyedihkan. Jadi pastikan setiap sen hasil titik peluh anda berbaloi dengan keadaan Rumah yg diterima.
Sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat mengenai Defect Liabiliti boleh terus hubungi Kami kerana Pengalaman dan Kepakaran yg kami miliki dalam House Defect Inspection.
