Ramai pembeli yg bertanyakan “Apa yg boleh dibuat sekiranya Pemaju Lambat atau Taknak Rectify/Repair defect2 yg ada?”
Baik disini ada beberapa Prosedur dan langkah yg boleh diambil Pembeli utk menuntut Pampasan jika terdapat kelewatan dari Pemaju utk baiki Defect.
- Sila lantik mana2 individu atau syarikat yang pakar dalam Defect Inspection. Ini bagi mengenal pasti peratusan defect-defect yg hanya boleh dibawa kes utk tuntutan nanti.
- Sediakan dua salinan Defect Report utk dihantar kepada Pemaju dan Peguam yg menguruskan proses anda membeli rumah. Dan pemaju hanya mempunyai masa 30 hari dari tarikh serahan Report utk menyiapkan semua kerja-kerja pembaikan.
- Jika pihak pemaju gagal utk menyiapkan kerja-kerja Pembaikan dalam masa 30 hari, Pembeli boleh mengeluarkan notis Pertama kepada Pemaju dan cc kepada Peguam utk Soft Reminder kepada Pemaju berkenaan kelewatan dan peluang 14 hari lg utk Pemaju siapkan kerja2 pembaikan.
- Sekiranya dalam masa 14 hari Pemaju masih gagal menyiapkan kerja-kerja pembaikan, Pembeli boleh memanggil kontraktor untuk memberi sebut harga kos bagi membaiki segala defect yang ada. Serahkan sebutharga tersebut kepada Pemaju dan Peguam.
Pembeli boleh membuat aduan kepada Tuntutan Tribunal Perumahan dgn menyerahkan segala dokumen-dokumen dan pihak Pembeli boleh membuat tuntutan Pampasan kelewatan bermula dari selepas 30 hari tempoh yang sepatutnya pihak Pemaju siapkan kerja-kerja Pembaikan defect. Antara contoh yg boleh dituntut adalah seperti kos Sewa Rumah.
Nota Penting: Jangan terus arahkan kontraktor untuk kerja-kerja pembaika, biar Tribunal putuskan sama ada pihak Pembeli boleh teruskan kerja-kerja pembaikan dengan kos daripada kontraktor.
