Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Di saat melangkah masuk rumah baru satu perasaan gembira mula menerjah kita. Hasil titik peluh survey rumah, buat pinjaman dan potongan gaji bulanan dirasa berbaloi bila melangkah ke dalam rumah sendiri. Penantian 2 – 3 tahun yang dirasakan cukup lama.
dirasakan cukup lama.
Dalam kepala dah berbunga2 idea nak decorate dengan pelbagai tema. TAPI..NANTI DULU..!!
Sebelum excited nak mula bawa masuk barang2 baru dalam rumah ada beberapa langkah yang wajib dilakukan dulu terutama org Islam.
1. AZAN
Pertama kali jejak kaki masuk je dah boleh keluarkan handphone canggih tu cari arah kiblat dan azankan. Buat pasangan baru kahwin terutama para isteri time ni lah nak tgk imam baru anda tu pandai azan ke tak.
2. BARANG2 TINGGALAN KONTRAKTOR
Round keliling dalam dan luar rumah jikalau ada kontraktor tertinggal barang2 kerja contoh: tong2 cat kosong, lebihan batang2 besi atau kayu, lebihan2 simen pasir batu dan alatan2 kerja yg merbahaya.
3. KECACATAN / DEFECT
Ini merupakan langkah yg paling penting. Kebiasaan pemaju akan bagi tempoh selama 1-2 tahun untuk owner rumah buat inspection dan laporkan jika ada kecacatan atau kerosakan pada luar atau dalam rumah. Dengan syarat tidak boleh ada sebarang kerja2 pengubahsuaian/renovation dilakukan.
4. TOMBOL KUNCI
Ini terpulang sama ada nak tukar baru atau tak. Hanya sebagai langkah keselamatan tambahan jika takut pekerja2 kontraktor terutama bangsa asing yang duplicate kunci.
So setelah semua langkah2 WAJIB ni selesai dilakukan maka dengan Riang dan Gembira dapatlah mula realisasikan impian nak decorate rumah mengikut tema masing2 .
P/S: Sila stay tuned n follow kalau nak BELAJAR cara2 nak check defect/kecacatan rumah nanti.
