Menteri Kerja Raya telah mengeluarkan satu dasar yang mana Sistem Penilaian Kualiti untuk Kerja Pembinaan Bangunan (QLASSIC) akan diwajibkan bagi semua projek perumahan awam dan swasta di Malaysia berkuatkuasa 2020, ke arah menjadikan kediaman mampu milik lebih berkualiti tinggi.
Ini bagi memastikan semua pemaju meningkatkan kualiti dalam pembinaan sekali gus meningkatkan keyakinan pembeli terhadap kerja pembinaan oleh syarikat pemaju.
Jika dilihat faktor kualiti pembinaan beberapa tahun ini amat membimbangkan kerana kebanyakkan projek2 perumahan tidak mencapai skor Qlassic yg ditetapkan.
Semua pembeli disarankan menggunakan sepenuhnya jaminan yang diberikan oleh pemaju bagi faktor kualiti pada kediaman untuk memastikan kualiti yang dibina bertepatan dengan nilai yang dibayar.
