Pembeli Vs Pemaju – Vol 3

Kebanyakkan pembeli kurang arif tentang fungsi Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan dan prosedur2 yg betul untuk membawa sesuatu kes kediaman anda ke TTPP (Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan).

Suatu tuntutan yang berbangkit daripada perjanjian jual dan beli oleh pembeli rumah terhadap pemaju dan jumlah maksimum tuntutan adalah RM50,000. Tuntutan hanya boleh difailkan setelah rumah siap atau perjanjian jual dan beli telah ditamatkan.

Jenis2 tuntutan yg boleh difailkan adalah tuntutan dan pertikaian yang timbul daripada perjanjian jual dan beli
tidak kurang daripada 12 bulan daripada tarikh:
i) perakuan layak menduduki untuk rumah tempat tinggal (CF/CCC); contohnya tuntutan LAD;
ii) tamat tempoh tanggungan kecacatan (liabibility period), contohnya, tuntutan kecacatan mutu kerja/tidak mengikut
spesifikasi seperti dalam perjanjian jual dan beli; atau
iii) penamatan perjanjian jual dan beli sebelum pengeluaran CF/CCC.

Pembeli rumah hanya perlu memaklumkan kepada pemaju melalui notis secara bertulis dalam tempoh 14 hari selepas tuntutan difailkan.

Utk next post kita akan bongkarkan apa hak sebenarnya yg patut pihak Pembeli dapat daripada Pemaju dan apa yg boleh Pembeli buat jika Pemaju tidak mahu membuat tindakan terhadap tuntutan serta prosedur2 yg betul bagi membuat tuntutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.