1) Tersalah Tafsir SPA
Proses nak buat tuntutan memang mcm mudah dan senang tapi sebenarnya boleh jadi rumit dan menyusahkan kalau timbul isu-isu yang tak diduga. Contohnya, pembeli terlepas pandang term tuntutan pada defect. Ada pemaju yg meletakkan tempoh masa yg singkat utk tuntutan defect. Sebab tu la penting masa nak sign tu kena check betul-betul SPA dengan teliti supaya takda salah faham di kemudian hari.
2) Pengubahsuaian Semasa Tempoh Liabiliti Kecacatan.
Kebanyakkan pembeli bila dapat kunci terus nak buat pengubahsuaian. Sebaiknya kerja pengubahsuaian mestilah selepas membuat tuntutan untuk waranti kerosakan dan selepas pemaju selesai kerja2 pembaikan (repair). Ini kerana sebarang tuntutan selepas kerja pengubahsuaian adalah tidak valid. Pihak pemaju boleh mendakwa sebarang kecacatan atau defects yg ada adalah disebabkan kerja2 pengubahsuaian yg dijalankan.
3) Jualan Hartanah Masa Tempoh Liabiliti Kecacatan.
Masalah yang selalu juga terjadi ialah bila hartanah tu dijual dalam tempoh liabiliti kecacatan. Untuk kes ni, memang penting sangat pembeli asal cepat-cepat pindahkan hak untuk buat tuntutan tu pada pemilik baru supaya yang pemilik baru tu masih ada masa untuk report kerosakan dan pemaju boleh lagi fix dengan percuma.
4) Betapa Teruk Kerosakan Dan Jangka Masa Nak Baiki.
Satu lagi pertelingkahan yang sering berlaku antara pembeli dan pemaju adalah bagaimana utk mengukur tahap kerosakan, dan apa yang dikategorikan sebagai kualiti atau hasil kerja yang bagus. Pihak pemaju hanya akan mengambil kira defect2 yg ada yg melebihi tahap percent yg ditetapkan dan tidak semua defect akan dibaiki oleh pemaju. Jadi untuk melancarkan proses tuntutan, anda dinasihatkan hire mana2 defect inspector yg bertauliah antaranya ialah HDI Team 😅
Nak Tau Bagaimana Tuntutan Tribunal Boleh Dibuat Sekiranya Pemaju Tidak Menjalankan Kerja Pembaikan Mengikut Terma2 Yg Betul?? Nantikan artikel Pembeli Vs Pemaju Vol 3.
p/s: Hari ni di Apartment Danau Perintis Puncak Alam. Toilet tersumbat selepas kita buat water ponding test. Selamat Merepairlah pada Pemaju 😘
#housedefectinspector #defectinspectormalaysia #defectinspection #houseinspection
