Ramai lagi rakyat Malaysia yang tak tahu bila dah beli rumah, rumah tu sebenarnya datang dengan waranti untuk apa-apa kerosakan. Waranti ni mula lepas dapat sahaja kunci rumah baru dan ada tempoh masa yang terhad.
Sudah tertakluk bawah perlindungan undang-undang ihsan Akta Pembangunan Perumahan [atau Housing Development Act (HDA)] tahun 1996. Selain tu, kalau unit tu mempunyai title strata, pembeli akan dapat perlindungan undang-undang di bawah Akta Hakmilik Strata (Strata Title Act) 1985, dan Akta Pengurusan Strata (Strata Management Act) 2013.
Tempoh waranti untuk rumah baru dikenali sebagai tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period). Pada masa tempoh tu, pemaju kena baiki apa sahaja kerosakan tanpa caj.
Di bawah HDA Malaysia, tempoh liabiliti kecatatan ni adalah selama 24 bulan dari tarikh terima kunci. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk check rumah dari setiap sudut dalam tempoh tu, dan report terus pada pemaju. Kalau anda terlambat, abes la nak kene tanggung sume kos nak fix kerosakan yang jumpa lepas dah tamat tempoh. So, tak mau malas-malas ye, lepas dah dapat kunci rumah baru tu terus buat defect checking.
TETAPI…ada beberapa faktor yang amat PENTING yang selalu dianggap remeh oleh pembeli yang boleh membuatkan Waranti ini terbatal yang selalu menjadi pertikaian antara Pembeli dan Pemaju. Nak Tau..??
Tunggu sambungan Vol 2 ( mohon jangan marah 😅 )
